Home Info ILHAM Centre

Info ILHAM Centre

Siapa Kami

 “Data is the new oil. It’s valuable, but if unrefined it cannot really be used. It has to be changed into gas, plastic, chemicals, etc to create a valuable entity that drives profitable activity; so must data be broken down, analyzed for it to have value” – Clive Humby

Dalam merangka sesuatu dasar, strategi dan membuat sesuatu keputusan, seringkali sesebuah organisasi tidak mengambil kira kondisi atau data sebenar dalam sesuatu lapangan mahupun pasaran.

Ini menyebabkan sesuatu dasar, strategi atau keputusan yang diambil itu tidak masak dan seterusnya menyebabkan kesukaran dan kegagalan organisasi untuk dalam melaksanakan keputusan tersebut.

Justeru, ILHAM Centre telah ditubuhkan pada 2 Jun 2006 untuk mengatasi masalah-masalah tersebut dengan membantu organisasi merangka dasar, strategi dan membuat keputusan dengan lebih baik berpandukan data dan seterusnya membantu pertumbuhan organisasi.

ILHAM adalah merupakan sebuah firma penyelidikan bebas yang mengkhususkan kepada tinjauan awam, kajian pasaran dan data analitik dalam bidang kajian politik dan pilihanraya, polisi awam, sosial dan ekonomi.

Tinjauan awam dan penyelidikan yang dijalankan adalah menggunakan kaedah metodologi penyelidikan yang ketat sebagaimana piawaian akademik bagi menghasilkan keputusan yang kredibel, bebas dan tepat.

ILHAM berpendapat, dalam usaha negara mencapai sebuah negara maju dan mempunyai peradaban yang tinggi, setiap keputusan atau sesuatu dasar yang dirangka hendaklah berasaskan data dan maklumat yang tepat.

Melalui tinjauan awam dan penyelidikan yang dijalankan, maka perkara ini akan dapat dihubungkan dan seterusnya pihak-pihak berkepentingan akan merangka sesuatu polisi dan dasar dengan lebih tepat dalam memenuhi aspirasi masyarakat awam.

.

Servis Kami

Public Policy and Affairs Research
Customer or Stakeholder Perception Audits
Reputation Management Research
Socio-Political Research