Pengundi muda secara keseluruhannya mengalami kekecewaan yang sangat ketara terhadap kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang, kata penganalisis politik dari Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar, memetik satu kajian.

Beliau menyifatkan kekecewaan yang dialami kelompok anak muda tersebut kini menerjah ke satu tahap yang dikatakan “politik indie”.

“Sebelum ini indie dalam muzik dan buku, tetapi ini sudah berlaku dalam politik. Indie ini maksudnya mereka sukar dikawal dan kami mengatakan ini adalah kelompok ‘floating voters’ dan akan ikut arus mana yang dominan,” katanya.

Bercakap pada forum “Tanpa PAS ke mana Pakatan Harapan” di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi, beliau berkata, keadaan ini bahaya kerana anak muda seperti ini tidak mempunyai pemahaman yang sama seperti generasi awal yang terlibat dalam politik.

Hisomuddin berkata, kajian terbaharu yang dilakukan itu berhubung kelemahan pada Pakatan Harapan, gabungan parti pembangkang baru yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Amanah dibentuk susulan perpecahan dalaman PAS pada muktamar ke-61 lalu yang menyaksikan kumpulan progresif dan profesional dalam parti Islam itu dikalahkan dalam pemilihan parti itu.

Hisomuddin berkata, golongan muda kini lebih gemar menubuhkan kumpulan Whatsapp mereka sendiri, seperti di kalangan alumni sekolah, atau persatuan kereta, berbanding melibatkan diri dalam politik.

“Mereka tidak berminat untuk ‘engage’ dan mendaftar dalam parti politik. Kami tanya mereka mengapa tidak berminat, dan kenapa mereka lebih berminat untuk menubuhkan persatuan Kelab Viva dan MyVi lebih banyak, kalau kita lihat.

“Kerana mereka hendak terlibat politik di luar kerangka kepartian. Jika mereka terlibat dalam kepartian, mereka akan terikat dengan dogma yang ditanamkan dalam parti politik. Jadi, mereka suka bebas,” katanya.

Beliau juga memberi contoh insiden kekecohan yang tercetus kumpulan Ultras Malaya yang bertindak merusuh dan membaling suar pada perlawanan bolasepak menentang Arab Saudi pada aksi ke-3 pusingan kelayakan Piala Asia 2019 pada 4 September lalu.

Katanya, dalam arena bola sepak, cara kelompok berkenaan yang sedemikian dapat meluahkan perasaan mereka, tetapi mereka tidak berpeluang untuk meluahkannya dalam politik, menyebabkan mereka gagal dan kecewa.

“Sebab itu mereka mendorongkan minat kepada figura seperti Rani Kulop, tok bomoh teropong. Ini sebenarnya kekecewaan mereka,” kata pengerusi eksekutif Ilham Centre itu.

Hisomuddin berkata, walaupun Malaysia berusaha melakukan perubahan daripada landskap perkauman, namun parti pemerintah Barisan Nasional sendiri sering kali memainkan isu tersebut apabila berdepan dengan pilihan raya.

“Mereka akan memainkan elemen perkauman dan pada soal angka. Sudah tentu ada operasi strategik parti bagaimana mahu menang segmen undi Melayu, Cina, India dan lain-lain,” katanya.

Dalam pembangkang pula, beliau berkata, isu itu tidak akan berubah sebagaimana berlaku kepada perpecahan dalam PAS daripada segi pendirian berhubung penubuhan Pakatan Harapan.

“Setakat hari ini mereka masih gagal menubuhkan Pakatan Harapan. Kerana sama ada sikap PAS hari ini atau sikap PKR,” katanya sambil menambah, situasi itu hanya menjengkelkan pengundi kerana mereka mahukan pendirian politik yang teguh.

Ini juga dikuatkan lagi dengan kajian terbaharu Ilham Centre pada 2 minggu lepas, menunjukkan PKR hilang 15% sokongan pengundi Cina yang secara tidak langsung menunjukkan mereka tidak dapat menerima situasi politik “flip-flop” dihadapi parti itu.

“Sebelum muktamar, PKR berada dalam rating 65% undi Cina. Tetapi 2 minggu lepas, ia hilang 15% sokongan undi.

“Bagi saya, undi Cina memberikan mesej jelas yang mereka tidak dapat menerima politik flip-flop dan tidak konsisten dalam pendirian untuk menghadapi BN,” katanya.

Selain Hisomuddin, ahli panel yang hadir dalam forum tersebut ialah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, aktivis Hishammuddin Rais dan kolumnis politik Lim Hong Siang. – 19 Oktober, 2015.f

2 COMMENTS

  1. I just recently diovcsered Coldplay. They were on a compilation entitled, Chillout 2002: The Ultimate Chillout. I really like their song Trouble. It was featured on a recent episode of Without A Trace, a mystery drama here in the States about the New York FBI’s missing person’s unit. The song was played at the end of an episode in which they found the missing person, but she was dead.I love listening to that album to fall asleep.Take care and keep in touch!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here