ara penganalisis dan pemerhati sepakat, pertandingan dalam PAS kali ini adalah antara memperkuatkan kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) atau mengkaji semula hubungan itu.

Inilah yang boleh dilihat daripada trend kempen yang sedang hangat berlangsung dalam PAS sekarang menjelang muktamar yang bermula 22 hingga 24 November ini di Shah Alam.

“Berdasarkan trend yang ada, saya rasa golongan yang mahu PAS lebih rapat dengan PR akan lebih diterima berbanding dengan golongan yang mahu ia dikaji semula,” kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Abu Bakar kepada The Malaysian Insider.

Kumpulan ulama dalam PAS sejak awal lagi mengambil posisi untuk mengkaji hubungan PAS dalam PR dengan dakwaan ia telah melemahkan sokongan Melayu kepada PAS apabila mereka meluluskan resolusi mengenainya semasa Multaqa Ulama SeMalaysia anjuran Dewan Ulama PAS di Alor Setar beberapa bulan lalu.

Namun, kebanyakan pemimpin dan perwakilan PAS dijangka akan menolak idea ini berdasarkan fakta bahawa hubungan dengan PR banyak memberikan manafaat kepada mereka.

Namun begitu, menurut Hisomuddin, ia berbeza dengan trend kempen yang berlaku dalam Pemuda PAS.

Beliau menjangkakan, pemilihan dalam Dewan Pemuda PAS akan lebih dipengaruhi oleh kumpulan iaitu antara kumpulan pro ulama yang dikira konservatif dan kumpulan bukan ulama yang dikira lebih progresif dan  dipengaruhi oleh profesional dalam PAS.

“Saya rasa, pemimpin pemuda yang cenderung kepada kumpulan ulama akan menang dalam pemilihan kali ini,” kata Hisomuddin yang memimpin banyak kajian khasnya politik di negara ini.

Untuk Dewan Muslimat pula, perwakilan dijangka mengekalkan pemimpin yang lama kerana ia hanya berupa pertandingan ulangan sahaja antara penyandang dan pencabar manakala Dewan Ulama telah memutuskan untuk mengekalkan pemegang jawatan masing-masing.

Berdasarkan pandangan ini, Hisomuddin menjangkakan penyandang jawatan timbalan presiden PAS  Mohamad Sabu yang mewakili kumpulan pro memperkukuhkan PR akan menang mengalahkan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Namun, kumpulan pro ulama akan lebih mendominasi pemilihan dalam Pemuda PAS. Ini bermakna, Kamaruzaman Mohamad yang dikira mewarisi kepimpinan Nasarudin Hassan akan mengalahkan Suhaizan Kayat dan seorang lagi calon Zulhazmi Sharif.

“Di atas kertas, Suhaizan bukan sahaja terpaksa berdepan dengan geng ulama tetapi kehadiran Zulhazmi juga memecahkan undinya,” kata Hisomuddin.

Siti Zailah Yusof dan timbalannya Dr Siti Mariah Mahmud dijangka akan mengekalkan jawatan ketua dan timbalan ketua Dewan Muslimat PAS. Selain pencapaian, kedua-dua mereka juga wakil rakyat yang terus menang dalam pilihan raya umum lalu.

Tiga negeri utama yang mempunyai perwakilan yang ramai iaitu Johor (26 kawasan), Perak (24) dan Selangor (24) sudah tentu akan pro kepada memperkukuhkan kerjasama dengan PR walaupun mereka juga rapat dengan ulama.

Ini kerana, sokongan orang bukan Melayu iaitu Cina dan India sangat penting untuk PAS menang dan ini dirasai mereka dalam pilihan raya umum lalu.

Setiap kawasan (yang dibentuk berdasarkan kawasan parlimen) boleh menghantar antara lima hingga 10 perwakilan ke muktamar berdasarkan jumlah keahlian di kawasan berkenaan.

Walaupun berasal dari Kelantan, Nik Amar dijangka tidak akan mendapat sokongan penuh daripada negeri yang ditadbir oleh PAS.  Ini kerana, mereka berpecah dalam memberikan sokongan walaupun Nik Amar adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Bagi veteran PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Nik Amar sukar untuk menang kerana ahli PAS mahu beliau memberikan tumpuan kepada Kelantan bagi membantu Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub mentadbir negeri itu setelah ketiadaan Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam pentadbiran negeri.

Kelantan mempunyai perwakilan yang ramai dalam muktamar kali ini kerana mempunyai 14 kawasan dan mempunyai bilangan ahli yang ramai pula.

Di Kedah, hanya dua daripada 15 kawasan (Baling dan Merbok) dijangka memberikan sokongan penuh kepada Nik Amar manakala selebihnya akan menyokong Mohamad Sabu.

“Pada peringkat awalnya, sokongan untuk Mat Sabu agak teruk akibat isu Syiah tetapi oleh kerana lawannya sangat tidak dikenali, kebanyakan perwakilan di negeri ini dijangka menyokong Mat Sabu,” kata Taib Ahmad, seorang bekas aktivis PAS yang kini menjadi pemerhati politik Kedah yang fanatik.

Kedah dijangka menghantar perwakilan yang ramai walaupun mempunyai 15 kawasan sahaja. Ini kerana, sebagai kubu kuat PAS, setiap kawasan mempunyai ahli yang ramai.

Perak yang mempunyai 24 kawasan juga dijangka memberikan sokongan lebih besar kepada Mat Sabu.

Isunya adalah Perak sangat memerlukan sokongan bukan Islam dan ia boleh diperoleh melalui kerjasama dengan PR.

“Sekurang-kurangnya tiga kawasan sekitar saya, Pasir Salak, Teluk Intan dan Lumut akan memberi undi kepada Mat Sabu. Hanya Bagan Datuk bagi kepada Nik Amar,” kata Abdul Razak Ahmad, yang bakal menjadi perwakilan dari Pasir Salak, Perak.

Tinjauan The Malaysian Insider di Terengganu mendapati, 80 hingga 90% perwakilan mereka akan mengundi Mohd Amar dalam pemilihan kali ini.

Sikap ini juga diambil oleh pimpinan utama PAS di Terengganu yang dipimpin oleh Pesuruhjaya Mohamad Abdul Wahid Endut.

“Untuk timbalan kita bagi kepada Nik Amar. Untuk naib kita akan bagi kepada Datuk Tuan Ibrahim (Tuan Man), Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz (Omar),” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider, satu kenyataan yang mengejutkan kerana Datuk Abu Bakar Chik, pemimpin PAS yang berasal dari Terengganu yang turut bertanding, tidak termasuk dalam senarai mereka.

Walaupun PAS Terengganu dianggap penyokong kuat kumpulan ulama, namun undi mereka tidak mempunyai pengaruh besar kerana hanya ada lapan kawasan sahaja di Terengganu.

Turut dijangka menyokong Nik Amar adalah Perlis. Namun dengan hanya tiga kawasan, sokongan negeri ini kurang berkesan. – 19 November, 2013.

1 COMMENT

  1. Dear Freda:First, I want to thank all our friends who vote with what they buy. Without their ftifhaul supports, Third Place will not even exist. Third Place will have her historical significance in Taiwan’s Salon and Spa industry.Third Place is the first Salon and Spa in Taiwan that don’t use fear based and distrust based Commission System to reward hairstylists or Spa aestheticians. People told me that I am crazy to trust young hairstylists will work for non-commission. All hairstylists got into this profession for money, not for their passion or service from heart. I just want to prove to them that they are wrong. People want to be trusted and wanted to participate in something larger than themselves. Of course, we have a merit based salary with open book management and 20% profit sharing and a different career paths for all our hairstylists. They can open their own salons and stay within our network, they can become a teacher at Canmeng Institute or they can be a happy hairstylists who practice Daymaking everyday with their best friends ( guests ). Hairstylist is a beautiful and rewarding profession if you decided not to put money in the center of your career path. In Canmeng, we are trying to create a new beauty industry which is not built on commission, but on lifestyle choice and Daymaking. Time really flies, especially, during our age.I intend to focus my time on Ripplemaker Foundation starting in 2013.Ripplemaker Foundation’s mission is to help people to realize their dream through entrepreneurship. I firmly believe people don’t need charity, people just need chance.In many ways, Ripplemaker Foundation is like a Profit for Purpose ( PFP ) business. Ripplemaker Foundation will be financed completely by my own efforts, not seeking any donation or government fund. I think this is the problem for most NPO who needs donors, sponsors and grants to survive. I think PFP business is the next phase, in addition to the buzz business model: Social Business or Social entrepreneur.If you read my book or search this blog, you will find the origin and the evolution of this PFP Business model.Well, I am going to put it into experiment now. ( Red Room is actually a kind of PFP business model already, if you look closely. )Thank you for your well wishes. I shall need it.Ping

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here