Tindakan serangan yang dilancarkan terutamanya daripada Amanah dilihat hanya sekadar untuk mencari populariti.

KUALA LUMPUR: Semakin hari semakin terpancar fenomena ‘perang mulut’ di antara Parti Islam Semalaysia (PAS) dan serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan oleh bekas pimpinan Pas selepas kecundang dalam pemilihan Muktamar awal tahun lalu.
Tindakan serangan yang dilancarkan terutamanya daripada Amanah dilihat hanya sekadar untuk mencari populariti, memandangkan parti yang berusia tiga bulan ini masih belum menumpukan gerakan bagi meraih undi terutamanya daripada masyarakat luar bandar dan kawasan pendalaman.
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar menyifatkan tindakan Amanah yang berbalas serangan dengan parti lama mereka itu adalah bagi menampilkan perbezaan perjuangan diantara kedua-dua parti tersebut.
“Jadi saya melihat disitu mungkin ada sedikit kenapa mereka berbalas kenyataan, iaitu untuk memberikan perbezaaan diantara perjuangan Amanah dengan PAS atau parti lama mereka dahulu.
“Aspek itu dilihat dalam kerangka mereka (Amanah) perlu menjustifikasikan kenapa mereka berbeza dengan PAS..Kalau tidak bagaimana mereka nak memperkenalkan Amanah, sedangkan jika tidak ada perbezaan PAS, sudah tentu Amanah akan terperangkap disitu untuk memperkenalkan kepada masyarakat luar bandar, bandar ataupun separa bandar,” katanya ketika dihubungi Berita Daily.
Firma penyelidikan bebas ini juga berpendapat serangan daripada Amanah ini juga disebabkan oleh tindakan PAS yang mewujudkan pertembungan dalaman yang berlarutan.
“Ini mungkin tindak balas daripada tindakan PAS. Jadi kami melihat tren jawab-menjawab PAS dan Amanah itu adalah kesan daripada pertembungan dalaman dahulu, yang mana mereka sudah pun keluar PAS.
Bagaimanapun katanya, Amanah masih terperangkap dalam kerangka lama yang menyebabkan mereka masih gagal mencari satu citra baru dalam perjuangan.
“Tumpuan Amanah yang sebenar adalah memperkenalkan parti baru yang hanya berusia tiga bulan ┬ádaripada mereka (Amanah) menumpukan tenaga mereka untuk menyerang PAS.
Terbaru, serangan daripada Amanah adalah dengan menyindir pimpinan PAS dengan menganggap sikap tidak bertolak ansur dalam kepelbagaian dan menganggap kebenaran hanya milik jemaah tertentu adalah punca kepada tercetusnya keganasan dan ekstremisme ala Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) serta insiden seperti letupan di Paris.
“Asasnya ialah sebarang secara sedar atau tidak disedari beberapa doktrin di kalangan pengkuliah dan penceramah agama antaranya menganggap jemaah atau kelompoknya memiliki kebenaran mutlak lalu mewajarkan pelabelan sesat, munafik dan mengkafirkan sesama umat Islam yang bukan dari kalangannya.
“Fenomena takfiri ini adalah asas pemikiran Isis dan seumpamanya,” kata Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin dalam kenyataan mereka di Dewan Rakyat semalam.
Amanah belum dirasai di luar bandar
Hisomuddin berkata, hasil kajian firma itu yang berakhir 15 November lepas mendapati segmen luar bandar masih belum sedar sepenuhnya akan kewujudan Parti Amanah terutamanya melibatkan kelompok ‘fence sitter’, tetapi pernah mengundi di kawasan PAS bertanding.
“Mereka ini adalah kelompok yang besar tetapi tidak mengetahui dan membaca apa sebenarnya perlu penubuhan parti Amanah kerana mereka tidak tahu secara terperinci pertembungan dalaman PAS sehingga mewujudkan kelahiran parti baru ini.
“Kelompok itu sebenarnya adalah kelompok yang besar dan perlu di tumpukan oleh Amanah kerana Amanah selepas ini sudah menjadi entiti yang berlainan dengan parti lama mereka.
“Sudah tentu jika Amanah ingin bertanding, segmen pengundi begitu adalah besar..mereka perlu justifikasikan penubuhan mereka yang mereka berbeza dengan PAS,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Hisomuddin berkata pertembungan Amanah dan Pas berlaku dengan sengit hanya di negeri Perlis, Kedah dan Kelantan, manaka negeri yang semakain mengunjur ke Selatan itu, tidak begitu  tajam kerana pengundi berdiri di atas paksi gabungan yang memerintah.
“Maksudnya dengan kewujudan Pakatan Harapan itu, adalah rasional mengapa pengundi di Perak Tengah dan Perak Selatan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor membuat pertimbangan lebih kepada bersekutu iaitu gabungan parti pembangkang berbanding mereka memilih di atas dasar parti. Pertembungan dalaman.. itu lebih ditumpukan di negeri-negeri utara,” jelasnya lagi.

1 COMMENT

  1. Dear Ping,I miss Taiwan already I think hanvig grown up in Canada but have the love for Asia, that is why I chose Taiwan and Taichung in particular during my initial stay. Sapporo would have been my other choice I am on the verge of making a somewhat big decision, I love to create and love food ever since I was a child. I picked playing kitchen over barbie dolls LoL During my time in Taiwan, I had the chance to get back in touch with my creative roots in arts, photography and food. As one of my mentor from Theatre said to me before I left for Taiwan: You are so pregnant with creativity, and you are ready to pop. And I believe in Taiwan is where I pop and now just finding how to nourish it.I am in the midst of thoughts of doing a small startup business in Taiwan hoping to use my love for creativity and food, combined with my versatile background to be able to bring happiness and positivity to people. That is my dream.So, I am on the verge of making a leap into that road of starting something small in Taiwan though it seems to be not as simple for foreigners to start up a business in Taiwan .certain rules that government requires seemed a bit tough to meet for a startup.Thank you Ping for your reply, I always find your replies encouraging and soothing in ways.Please Take Care I am hoping to be back to Taiwan soon.Serena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here