Amanah dan DAP bersama PKR kini membina Pakatan Harapan di Pulau Pinang. Di peringkat Parlimen, susunan kerusi kedudukan ahli Parlimen juga menampilkan Pakatan Harapan diterima secara rasmi.

Keadaan ini berbeza di Selangor. Menteri besar Selangor masih menganggap Pakatan Rakyat masih lagi kekal. Ekoran itu, PAS masih lagi dianggap sebahagian rakan DAP dan PKR di Selangor, walaupun di peringkat Malaysia, DAP dan PAS sudah “tertalak” walaupun gabungan sebelum ini tidak pernah diikat dengan sebarang amalan bai’ah.

Ramai percaya Selangor selepas PRU akan datang adalah negeri Pakatan Harapan, bukan negeri Pakatan Rakyat lagi. Justeru, selepas PRU ini, ramai percaya PAS bukan salah satu parti yang mentadbir Selangor.

Sebelum ini, menteri besar Selangor pernah mengajak PAS bersama-sama dengan Pakatan Harapan. Namun, ramai anggap ajakan itu “ajak-ajak ayam”. Ajak yang tidak punyai keikhlasan, kerana diletakkan syarat ketat. Ajakan yang tidak jauh beza dengan persetujuan Puteri Gunung Ledang menerima pinangan Sultan Mahmud Shah dengan syarat ketat seperti mana yang dihikayatkan dalam kitab Sulalatus Salitin; iaitu, Sultan Mahmud Shah diminta sediakan sebuah jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka, jalan perak dari Melaka ke Gunung Ledang,  7 dulang hati hama, 7 dulang hati nyamuk, 7 tempayan air pinang muda, 7 tempayan air mata anak dara dan semangkuk darah anak Sultan Mahmud Shah yang masih kanak-kanak, iaitu Sultan Ahmad Shah.

Tidak “ponteng” mesyuarat, tidak “U-turn” setelah keputusan bersama dibuat, sebarang perbezaan sesama parti dalam Pakatan Harapan diselesaikan di meja rundingan merupakan syarat yang diletakkan kepada PAS.

Kelihatannya, syarat itu bukan sekadar PAS tidak mampu tunaikan, malah ia seperti menyindir peribadi presiden PAS yang ramai pengundi anggap sebagai punca kehancuran gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Ramai tidak memahami di sebalik strategi politik MB Selangor ini. Bagaimana pun, implikasi yang sering dibangkitkan oleh kalangan yang pro-MB ini adalah kebimbangan campur tangan pihak istana dan undi Melayu.

Yang lebih sering dibangkitkan adalah kebimbangan sejarah perlawanan 3 penjuru (PAS, PKR dan BN) dalam PRU melibatkan Kota Damansara berulang kembali.

Tidak dinafikan, pendirian MB Selangor itu melahirkan perasaan tidak puas hati Amanah dan DAP. Lebih-lebih lagi, kajian Ilham Centre menyatakan tindakan MB Selangor yang dilihat mewakili PKR, menjadikan sokongan pengundi Cina terhadap PKR menurun sebanyak 15%.

Lebih parah lagi, sudah ada “cakap-cakap tidak rasmi” Amanah dan DAP, mereka tidak mahu mengekalkan individu sama sebagai MB Selangor selepas PRU akan datang.

Mustahil perkara ini tidak dijangkakan PAS. Sebagai parti yang bergantung harap dengan individu MB Selangor untuk kekal dalam kerajaan, sudah pasti PAS sudah memikirkan cara memastikan masih kekal menjadi pemerintah.

Cara untuk memastikan itu, sama ada dengan memilih bergabung dengan Umno, walaupun ia kelihatan agak mustahil pada saat ini. Ataupun PAS akan bertindak luar jangka, iaitu tetap juga memastikan mereka akan menjadi parti yang majoriti dalam DUN.

Dengan itu, tidak ditolak kemungkinan, mereka akan bertanding di semua DUN di Selangor sebagai mencuba nasib.

Tindakan luar jangka ini tidak hairan boleh dilakukan PAS. Ini kerana, perkara ini pernah mereka lakukan terhadap PKR di beberapa DUN pada PRU yang lepas. Lebih-lebih lagi, kalangan pimpinan mereka ramai berstatuskan ulama, yang sudah pasti punyai hujah agama untuk bertindak sebegitu.

Jika ini senario politik Selangor, sudah pasti MB Selangor berada dalam bahaya untuk kekal sebagai MB selepas PRU akan datang.

Malahan, dengan sikap tidak puas hati disembunyikan Amanah dan DAP kini, ia juga merupakan petanda tidak baik untuk beliau dicalonkan Pakatan Harapan sebagai perdana menteri Malaysia suatu masa nanti.

Lebih-lebih lagi, ramai kalangan mereka menganggap MB Selangor itu tidak mengambil langkah membina keyakinan Amanah dan DAP, seterusnya terhadap penyokong Pakatan Harapan.

Juga, MB Selangor dianggap ramai sebagai tidak memberi keiltazaman yang tinggi dalam membuktikan Pakatan Harapan merupakan wadah yang berkemampuan untuk menggantikan BN, seperti masih membentuk kerajaan bersama PAS yang masih lagi tidak menyatakan persetujuan bersama Pakatan Harapan. Wallahu Alam. – 30 Oktober, 2015.

* Penulis ialah pengasas, Sekolah Pemikiran asy-Syatibi.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

2 COMMENTS

  1. Apolitical,Your views hold merit however we here on this blog or any other for that matetr are party based I actually do support any party that can come up with actual solid plans and ideas heck I even supported Bersih 2.0 except the fighting part bcoz it was supposed to be about clean and fair policies and not Tian Chua the nut leading an attack charge!! but the way things are going only BN is doing that even the PR budget lacks depth and policy on how they can achieve it .They say can but yet the how is important I can say I will give all people here a RM1mil but how do I do that is important I cannot just say and then later buat don’t know can I? We are not here to convert any hardcore PR people as they will never change as they refuse to believe in anything even as Anwar plugs their ass they will still be in denial but we try to counter any lies, half truths and just plain spinning as best we can .I myself just walked out of a marathon session on FB but yet after almost 200 comments not one has answered the question asked just mudslinging, name calling and yet all skillfully skirtaround the issue and just plain won’t answer any question bcoz to them whacking is fun and I agree HOWEVER you must back it up with actual facts and not pluck figures from thin air in which can somebody please explain how on earth does RM500mil plus 26% equals RM1.9bil?? .the very fact all conveniently ignore basic maths is just plain crazy just to support their view only ..Apolitical I understand your points as I was like you never really involved in politics or care much however since it started involving me I became more aware and I just decided to find out what is actually true .and you know what??..and I came to realise what alot of rubbish is out there and the lengths actual people go to further protect and even deny reality to protect PR image ..The stories they tell of how UMNO is this all encompassing entity with global reach to me sounds crazy and yet that is what is being mentioned and somehow they actually believe this rubbish ad some are even respected members of society ..To cut a long story short your points are valid but as long as people continue to harass ones personal choice and mock oneself it is only understandable they defend themselves Who wouldn’t when insulted .And frm what I have experienced myself the hooligans from PR that masquerade as so called champions of the people continue to harass and even insult people bcoz of their political choices I think it’s safe to assume that the whacking will continue except that I feel as BN supporters we tend to do it in more civilised manner yes we do whack and curse but we don’t go overboard but with actual facts ..If you can only see what I have gone thru and experience it you yourself would be turned off from supporting this so-called champions of the people .all whack but no fact seriously!!

  2. Penuh dengan perkataan2 yang menunjukkan ketidak pastian pada hujah, saya kira artikel ini seumpama tulisan paparazi. Penuh dengan anggapan penulis semat bersumber cakap-cakap di kedai kopi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here